Dewasa ini,
catur kian mendapat tempat di hati para pelajar, ibubapa dan juga orang
ramai. Setiap kali diadakan pertandingan
catur, para pemain catur sama ada amatur mahu pun profesional tidak akan
melepaskan peluang untuk mempertontonkan keupayaan masing–masing merencanakan
strategi dan taktik yang berkesan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada
diri masing–masing atau pun setidak–tidaknya memberikan saingan dan tidak menyerah
mudah untuk dikalahkan.
Justeru itu, catur sebagai suatu permainan minda terulung dan tertua
di dunia menuntut seseorang pemain menyediakan diri, bukan sahaja dalam
mengatur strategi dan taktikal permainan di atas 64 petak catur, malahan
pencatur yang baik memerlukan persiapan aspek pengetahuan, kesediaan fizikal
dan pengalaman bermain. Penyusunan program dan persiapan yang teratur akan
melahirkan pemain catur yang mampu bersaing diperingkat yang kompetetif.
Menyedari hakikat itu, "NEW CASTLE CHESS SOLUTION" atau singkatannya NCCS ditubuhkan bagi tujuan membentuk dan menyediakan pemain catur yang berkualiti,
mantap dan mempunyai potensi memenangi sesuatu pertandingan yang disertai. Bermula dari latihan fasa persediaan, menyertai
pertandingan pra kejohanan dan fasa intensif persediaan diharap dapat memenuhi
pra syarat ke arah pencapaian gemilang pasukan catur PPD Kota Bharu pada tahun
ini.