FAEDAH SUKAN CATUR
Dari Aspek Kesihatan
- Catur
merupakan salah satu elemen penting dalam kalian Psikologi Kognitif. Ini
kerana catur telah diketahui sebagai salah satu sukan yang mampu meningkatkan
kemahiran spatial, penyelasaian masalah dan skill mantik.
- Catur
digunakan bersama permainan minda yang lain untuk mengurangkan risiko
penyakit Alzheimer dan nyanyuk.
Dari Aspek Sosial
- Sukan
catur adalah sukan yang boleh dipertandingkan tanpa mengira jantina, umur
serta kemampuan fizikal. Ia adalah satu sukan social yang universal.
- Catur
merupakan antara sukan yang berkos rendah tetapi mempunyai banyak manfaat.
Catur boleh dimainkan di mana-mana sahaja.
Dari Aspek Pendidikan
- Catur
amat berguna sebagai latihan minda kepada para pelajar. Catur dapat
meningkatkan daya tumpuan serta tahap kreativiti pelajar.
- Mengikut
kajian oleh Dr Philip Rifner (1992), latihan catur mampu meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek sebanyak 30%. Ini kerana, permainan
catur dapat merangsang minda agar lebih peka dan bersedia.