NOVEL CINTA FIANCHETTO

SinoPsis Novel Cinta Fianchetto :

Cerita ini berdasarkan kisah benar yang dimainkan semula dalam bentuk novel...Berkisahkan satu perjalanan seorang pemain catur yang bermula dengan tidak mengetahui apa itu catur,sehingakan beliau berjaya dalam arena catur di peringkat 'international'..Nama-nama watak didalam novel ini adalah rekaan semata mata dan tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau sebaliknye..Bagi sesiapa yang terasa wataknye dimainkan dalam novel ini,maka bersyukurlah kerna anda merupakan insan yang terpilih......
(buke semua anak melayu buleh masuk dalam novel ni)

Mengapakah Novel ini diberi nama Cinta Fianchetto ? Apakah makna di sebalik Fianchetto ?

Fianchetto
suatu keadaan dimana gajah menguasai diagonal terpanjang

contohnya diagonal a1-h8 atau diagonal a8-h1. Dalam hal ini, biasanya gajah diletakkan di petak b2 atau b7 atau g2 atau g7……seperti gambar di bawah ini…… mudah dipahami kan……

 

Apakah kaitannye dengan CINTA?

sila ikuti perkembangan Novel Cinta Fianchetto ini dari semasa ke semasa...

"Catur adalah satu kesatuan..dimana antara posisi yang satu dan lainnya memiliki ikatan yang kuat..sehingga di dalam hidup sehari hari kita butuh (perlu) orang lain dalam melangsungkan hidup kita..tanpa orang lain kita tidak dapat hidup sendirian". (licosh casvarof)

Let the hunt begin...



Bab pertamo.... ( kawe mulo kenal chess ) 

Aduh!!! penat molek weh ariii nii.... (waktu abis kelas fom 2 ) , di taman sekolah ada dua rakan yg sedang bermain chess.. " oitt demoo main gapo nama rima 2" tegur aku (time nii x kenal chess lagi).. "Demoooooo tgk laa kawe main ches kae nii, ko kawe main snoker", jawab mmber dgn suara yg kasar, ( mugo nk kalah nii ) .. "Owh k2 sowii la boh kawe x minat mano2 bendo2 gini" sambil duduk perhatikan mmber main.. waktu itu lah mula berasa minat utk mengenali catur dgn lebih mendalam lagii..

"Hokkkk Alos laaaaa kalah gini jah kawe, kuat benar taroo nii demo "  mmber yg bernama Amar telah tewas di belasah hakimi.. " aduh kawe mene pun sebb demo wiii, kawe tahu sgt la demo gano" kata hakimi..... "cisss demo bab cutttt angin wii demoo laa" ( bahagian sedap ayat) balas amar..  Amar pun terus pulang dgn hati yg kecewa dikalahkan... " bereh arr kawe kelik dulu"

Keadaan sunyi seketika tinggal la aku dgn Hakimi berdua di bawah sinaran cahaya matari yg panas terik!! "demo kawe tgk demoo kuat taro nii, cikgu2 pun demo timbok abis" (belasah cikgu dalam bermain catur) . " haa kuat mano gak , mugoo cikgu dgn kawe lebih kurang jah main, pakatt tolok jah" kata hakimi... Time itu lah terdetik di hati utk belajar chess , " acii demoo ajar gak kawe main ches nii, kawe ajiii retii la jugo main.. goniii x tahu lasung nah".. hakimi terus potong percakapan aku... " mari la kawe ajar demo, kawe leh ajar demo caro gerok buah jah nii, pah gak pandai2 la demoooo"...... Aku mula belajar dgn hakimi cara2 utk gerak kan buah2 catur , hari ke harii ak terus berlatih bersama hakimi...

Bab 2 ( aku dimalukan oleh  Mail Ggebah)

Di tepi astaka kelihatan sekumpulan budak yang tak berapa hensem berkumpul macam lalat hurung taik.. ada yang berdiri ada yang membongkok.. aku segera merapati kumpulan manusia tu.. "main bola jjetik ko" getus ku dalam hati.. apa bila aku sampai aku lihat mereka sedang bermain catur.. eh tidak.. bermain dam aji rupanya tapi menggunakan papan catur yang renyuk penyuk.

"aa guano mmaing aji guno pape cato.. dok rok" .. aku cuba bergurau tapi gurauan ku diambil serius oleh seorang budak yang paling tak hensem di antara kami semua. hidungnya kembang kempis menahan marah atau kentut aku tak tahu...

"mu panda ko mmain chess nih?" dia bertanya sambil merenung ku dengan tajam... "err.. kawe tok biso mano? mmain tolok buoh gitu jah... "duduk mung duduk.. toksoh kkecek banyok..." budak itu menyuruh lawannya bangun dan memberi tempat kepadaku.. dia dgn cepat menyusun buah catur.. "aa mapuh doh la mung... sapo mmain chess nga Mail Ggebah gaaakkkk"  aku mendengar suara-suara dibelakang ku.. Oo ni la Mail Ggebah... aku menjadi gabra.. Mail Ggebah memang terkenal di sekolahku kerana kepongosannya dan hidungnya yang selalu ggebah (kembang kempis tu..) Dia bermain putih.. memulakan gerakan dengan menolak pawn di e4, aku balas 1..e5, 2. Nf3  d6 3. Bc4 Nc6 4. Nc3 Bg4... Mail Ggebah merenung lama.. sebelum membuat gerakan 5. Nxe5!

Aku terkejut dengan gerakan itu... Mail Ggebah tiba2 menepuk dahinya yang berjerawat. "aduh ssilap la pulok wi free queen" . Aku tersengih kerana yakin bahawa Mail akan hilang Queen kalau aku makan dengan Bishop di g4. belum sempat aku memegang Bishop aku untuk memakan Queen mail tiba-tiba aku terpandang seorang gadis yang ada dicelah2 kumpulan pelajar tu menggetap bibir sambil menjuih2kan bibirnya ke arahku.  "comey jugok budok ni..." kata hati kecilku. Aku tanpa berfikir panjang terus memakan queen Mail dengan Bishop aku tanpa melihat di papan catur sebab pandangan ku terlah terpaku pada tahi lalat gadis itu.

"hahha.. mung keno doh trap aku!" tiba-tiba Mail bersuara sambil ketawa terbahak2 lalu membuat gerakan mate in two 6. Bxf7 Kd7 7 Nd5# "hahaha.. keropeh demo" Mail gelak besar sambil bangun meninggalkan aku yang kebingungan terkena trap begitu.. aku lihat gadis itu masih berada di serambi astaka sambil memandangku sayu.. mata bertentang mata...

"saya dah bagi amaran.. awak tak perasan... padan muka" katanya sambil berlari meninggalkanaku... aku bingung buat kali kedua. Siapakah gadis itu? nampaknya dia tahu trap itu.. tak sempat aku bertanya nama dia sudah pergi... aku masih berada disitu memandang buah dan papan catur didepanku dengan penuh rasa malu dan keliru............ tapiii... aku juga bertekads akan mendalami ilmu catur untuk membalas dendam... tapi dengan siapa aku nak belajar? ha.. gadis itu.... aku mesti mencarinya......

Bab tigo ( Siapakah Perempuan itu)

"KoK Kerek Kok" kedegaran ayam jantan jiran ku berkokok di pagi hari. menunjukkan tepat jam 7 pagi..Lalu aku pun 'mempaih' (mengambil) basikal tua ku utk bergegas ke sekolah.

15min kemudia aku pun sampai ke sekolah, " woiiii demooo!!! beretii dulu bertii dulu" pengawas sekolahku yg ditugaskan menjaga pintu pagar utama menghalang aku kerna kelewatan. "sowii la kawe labat sikit jah arii ini... buke sokmo..."kata aku... "demo tahu dop lambat sikit jah buleh wak demo kalah masa kalu demo pemain chess"... balas pengawas itu... "owh gitu ko, berh kawe try ejah la marii awal" kata aku... pengawas tersebut mencatat nama ku atas kesalahan dtg lambat... Aku ditinggal kan persoalan lagii "siapakah pengawas itu?" bisik hati kecil ku.. perempuan semalam?  Mail Ggebah? pengawas? siapakah mereka??? menjadi tanda tanya buat ku yang masih lagii belum terjawab....Membuatkan aku mula berasa ingin mengenali mereka....

"KRINGGGGGGGGGGGG" loceng tamat pembelajaran telah berbunyi jam tepat menunjukkan pukul 2.30 petang.. aku mula bergegas meninggalkan kelasku, bertekad utk mencari mereka bertiga itu.. Beberapa minit kemudian, Kelibat  Mail Ggebah menuju ke arah pintu pagar sekolah, lalu aku mengejar dia dgn niat utk belajar chess.. "salamualikum, mail.. demoo tunggu metar.. kawe nk mitok demo ajaar chess nii, buleh dop?" kata aku. "wsalm..demoo nak kawe ajar demo???, x pade kawe nk ajar demo, demo main kropeh lajok,demoo lupa la niat demo 2, nak kawe ajar demo kene menang dulu lawan kawe.."  Mail Ggebah terus pergi meninggal kan aku sambil ketawa sorang ( cam org gila ) ..

Sedih bercampur sayu bertambah geram pun ada pada Mail Ggebah...kerna niat baik aku itu tidak dilayan.. aku pun duduk bersendirian di sebuah bangku kosong yang berhampiran dgn taman sekolah ku sambil membentangkan papan catur ku dan menyusun buah2 catur itu... Maka bermain la aku berseorangan,aku mula membuat pergerakan2 yang Hakimi mengajar ku itu, sayangnye Hakimi telah berpindah sekolah atas alasan tertentu,waktu -waktu tertentu, syarat-syarat tertentu.. sedih aku dibuat nye, tidak ada sowang pun yg sudi mengajar aku chess lagii...

'PakAkkk' bahu sebelah kanan ku ditepuk seseorang.. "demo guano duk sore , jauh menung teh.. sopo ore matii bini mu nii gakk"... aku terus pandang belakang,terkejut aku melihat pengawas pagii tadii yang menegur aku.." guano demoo main chess sore2 jah nii, x rock boh.. mari2 lawan kawe..." sambung pengawas itu... " ambo minat lajok dgn chess nii, tapii x dop ore nk ajar ambo, sedih la oambo gini gak..." kata aku .. "demoo x royak kawe, demo minat, doh eh demoo kenal dop kawe nii sapooo... kawe niii player chess koloh demoo benar, bagus jugo demo minat dgn chess, kebetulan kawe pun tgh cari player bawah 15L x cukup sore jah lagii nii".....  aku terpaku seketika, dalam hati ku berkata 'alhamdulilah ada juga org yg sudi ajar aku'

" ok lagu nii la, kawe nk test demo. demo main molek la " kata pengawas itu.. aku diberi buah catur putih utk memulakan permainan..

1. e4  e5 2. Nf3  Nc6 3. Bc4  Bc5 4. d3  d6 5. c3  Be6 6. Bxe6  fxe6 7. Ng5  Qd7 8. O-O  h6 9. Nh3  O-O-O 10. b4  Bb6 11. a4  a6 12. b5  axb5 13. axb5  Na5 14. c4  g5 15. Be3  g4 16. Qxg4  Nf6 17. Qg6  Rdf8 18. Bd2  Rhg8 19. Qxh6  Ng4 20. Qh4  Qg7 21. g3  Rh8 22. Qg5  Qxg5 23. Nxg5  Nb3 24. Ra8+  Kd7 25. Rxf8  Rxf8 26. Nh3  Rh8 27. Kg2  Nd4 28. Be3  Rf8   0-1

move yang ke 28 aku tewas...

"kemas demo main Tarooo niiii, kawe pun hampir2 kalah doh nii, bagus2 kawe leh kemas demoo kalu taaro niii".. kata pengawas itu... " taro nii jah kawe leh main,kalah sokmo kawe" balas aku...  "demo ingat kawe nk oyap nii, Kekalahan bukan bermakna demo kalah buat selama2nye... kekalahan mengajar kita sesuatu yang baru.. utk terus bangkit di kemudian harii" tegas pengwas itu.. mendengar kata2 pengawas itu aku makin bertambah bersemangat utk terus berusaha mengenali catur dgn lebih dekat lagii.....


 Hari berganti harii, siang berganti malam terus aku berlatih dgn gigih utk kejohanan catur mssd akan datang pada bulan hadapan....

siapakah perempuan yang di astaka tempoh hari itu?? belum lagii terjawab....

bersambung... cooming soon...

Bab 4  (Aku dan Passed Pawn)

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. aku menunggu Pengawas tersebut dalam kelas seperti yang dijanjikan.. lupa pulak aku nak bertanya nama dia. sambil menunggu aku membelek-belek buku  catur yang diberi pinjam olehnya.. silap jugak aku tak tanya nama. asyik guna "demo" "kawe" sampai lupa tanya nama.. blunder!

"lamo doh demo tunggu? Maah la.. kawe g smaye zohor meta tadi.. chess chess jugok.. bukey buleh bwk masuk syurgo.. silap hari bule gak siap masuk nerako kalu lagho haha..." Tiba-tiba pengawas tu muncul didepan aku tanpa aku sedari. Huh macam ninja.. mari senyap-senyap..

"Demo zohor do ko?" tanyanya kepada ku. "Kawe sudoh doh.. kawe kae tuke bae tadi..." aku senyum.. tiba-tiba hati kecilku beristighfar.. ish.. ni dah jadi riak.. aku beristighfar berulang kali.. "ho.. molek la kalu gitu gak..buleh la kito start blaja..Tapiii.. sebelum tu.. namo demo gapo? dia bertanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "kawe Mat... demo?" aku menyambut salam dan memberitahu nama panggilan ku.

"Kawe nama Eyo" demo ni Mat gapo? Mat Asli ko Mat Arilissukun? hahahha" dia berjenaka dengan aku. rasa nak marah pun ada sikit tapi memandangkan dia berniat baik.. aku pun bersangka baik lah...

"Muhammad Hakim.. ore panggil Mat jah".. "oo bereh.. tapi kawe nok panggil demo hakim la.. mugo ghama do'oh saing kawe namo mat... bereh dok?" aku mengangguk.. apa2 je lah...

"Kim, ari ni kawe nok aja demo basic dulu...demo susun pawn nga king jah.. hok lain tok ttepi dulu". aku menurut tanpa banyak soal.. tak elok seorang pelajar mempersoalkan ketika guru tak habis bercakap lagi. itu pesan ayah aku.

"Hmm loni tujuan latihan ni nok tengok pemahaman demo pasa pawn structure nga tempo.. mudoh jah.. sapo buleh naik aji dulu kiro meney la.." Eyo pun memulakan permainan.. setelah gerakan ke 15 eyo pun tersenyum "ha.. kawe meney doh sebab pawn kawe terlepah doh... ni ore panggil Passed Pawn".

"Passed pawn tu gapo?" aku bertanya sambil memandang muka eyo yang sedang tersenyum. "Passed pawn tu pawn hok tidak dihalang atau di attack oleh mana2 pawn lawan... acu demo tgk.. mano ado pawn demo alik kiri ko kane ko depey pawn kawe." terang Eyo sambil menggerakkan pawn nya. "Ingat! Kalau demo napok ado potensi passed pawn ni demo kena tolok selaluh untuk promote jd queen.. pehey...?" Aku mengangguk perlahan. Eyo menyuruh aku menyusun semula buah2 catur tadi.. kami mengulang sebayan 4 kali.. aku masih gagal menewaskan Eyo..

Tiba-Tiba aku terpandang gadis yang berada di astaka tempoh hari melintas ditepi kelas. aku memandang penuh asyik.. Paap! "oi.. nok blaja chess ko nok tengok ttino?" Eyo meninggikansuara... "tttengok ttino... ehh blaja chess.. " aku terkejut beruk. Kami meneruskan latihan... namun fokus ku telah terganggu.... siapakah gadis itu? hmm...

Bab 5 (Persoalan terjawab)

 Selepas tiga minggu kemudian,pada hari minggu bertempat di Taman Tengku Anis wakah mek zainab.. "fuh!! penat ngotii taroo nii, lama wehh kawe x jogging,x dop stamina benar kawe taro nii", bercakap bersorangan sambil mehembus nafas panjang...

Tiba-tiba aku melihat perempuan itu sedang berjoging berseorangan, "aik po kenal tino tu?" .. aku pun mula berlari lari anak utk terus 'mengikori' perempuan itu tanpa berfikiran panjang...Terdetik dihati ku "nak tegur ko dop, aduh aku ini doh la pemalu sikit dgn ore tino nii" sambil meneruskan jog... Aku bertekad utk menegur juga perempuan itu " tak kiroo laa ganoo pun!! aku nak tegur jugo kot mano2 pun"... aku mula meningkatkan speed jog aku utk selari dgn perempuan itu.....

"hye wak" tegur aku... "hye MU hye!! x retii wiii salam ko" aku kene sound..." assalammualikum awk" aku terus memberi salam... "w'kummusalam"...jawab perempuan itu.. aku dan dia meneruskan jogging sambil beborak2..lalu aku bertanya " awk nii pemain catur  sekolah ke? cam ner ek leh tahu trap hok ari tu.." .. " yup!! sy wakil sekolah juga merupakan wakil negeri tahun lepas." balas perempuan itu.. " wahhhh wakil negeri?? kemas keming benar taro tu.. bila lagi wakil? belajar mano?" ... balas aku dengan nada yang ingin tahu.. "Erm,start wakil negeri maso koloh rendoh lagiii,yg ajar ayah  dan abang je laaa time free kat rumah".. kata nye... Di hatiku berbisik " ayah?? siapakah ayah nye? abg nye pula siapa??, adakah perempuan ini keluarga catur?" bertambah lagii dua persoalan.....

selepas itu kami berehat seketika dibawah satu pondok usang yang kelihatan sangat buruk yang sentiasa ditemani setia oleh dua buah bangku kosong...aku mula bertanya bermacam macam soalan,antaranya nama nye...Namun perempuan tersebut enggan memberitahu nama sebenarnye, namun diberi tahu nama pangilannye sahaja iaitu Lai...  Lai merupakan salah seorang pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang di sekolah ku.. lai juga merupakan pelajar harapan PMR di sekolahku.... Lai juga merupakan pelajar yang aktif dalam kokurikulum sekolah, antaranye adalah berpidato (juara peringkat negeri) , badminton ( peringkat mssd ), olahraga 100m ( juara time sekolah rendah ) dan juga catur ( Juara bawah 15P )..

Jam tanganku telah menunjukkan tepat pukul 6.15ptg, Lai telah pun pulang bersama abangnya.. Aku terpaku seketika kerna berasa sangat kagum dgn kebolehan Lai.. Aku makin bersemangat utk terus mempelajari catur lebih mendalam lagii.. Tapi sayang nye lai tidak boleh berlatih bersama aku dan eyo di sebelah petang kerna terlibat dgn kelas tambahan.. Lai selalu belatih bersama ayah nye dirumah dan juga dgn seorang abg nye juga dikenali sebagai pemain catur handalan.......... Rasa ingin mengenali ayah lai dan juga abang nye makin terbuak buak .... Siapakah mereka???

Bab 6 (MSSD Semakin Hampir)

Sudah tiga minggu lebih aku berlatih dengan eyo hampir setiap hari.. aku mula menguasai beberapa konsep asas dalam catur seperi passed pawn, centre, pawn structure dan basic mate pattern. Eyo begitu bersungguh mengajar aku tanpa meminta sebarang bayaran... nak cari cikgu yang sanggup ajar kelas tusyen free pun susah..

"Kawe tengok demo ni banyok doh improve. Mmaing pun tok keropeh mano doh. Jare anok melayu buleh meningkat dale maso singat po demo nih."  Aku terasa ingin bangga diri seketika.. biasala.. bisikan syaitan akan sentiasa cuba untuk menarik manusia ke lembah dosa.. namun aku cepat2 tersedar.. Astagfirullah..

"Demo kuat pong kawe yo.. kawe tok kuat blah mano lagi.. banyok lagi kawe tok tahu.. opening pun berterabur lagi. ugoh jugok kawe.. buleh tok tahu nok wokil skoloh ni." aku sengih.

"Oloh.. sak ggoba Hakim.. kalu demo buleh mmaing setaro ni.. bukey stakat skoloh.. nok wokil klate pun buleh ni.. Kawe dok mmaing angin nih.. ssunggoooh.....Demo ado bakat.. tapii.. keno berlatih banyok lagi.. terutamanya puzzle.." Aku hanya mengangguk mendengar kata2 Eyo. Memang aspek taktikal aku agak lemah.. banyak kombinasi yang aku tak perasan dan terlepas pandang. Aku baru saja fotostat buku "1000 chess puzzles" yang aku pinjam di Perpustakaan Negeri minggu lepas. Tapi baru 10 puzzle yang aku buat.. Malas.. itu lah masalahnya.

Kami meneruskan latihan dengan sparring sebanyak 5 set (15 minit kawalan masa). Eyo berjaya menewaskan aku dengan 3 set berbalas 2. selepas setiap set Eyo akan menganalisa kelemahan dan kekuatan kami.. aku sungguh kagum dengan keikhlasan Eyo. Lusa sekolah akan mengadakan sesi pemilihan wakil ke kejohanan Catur MSSD Kota Bharu minggu depan. Aku akan bertanding dalam kategori 15L. Eyo 18L.. Mail Ggebah sebaya dengan aku.. Hmm.. dapatkah aku menewaskannya? Lai? Laili Surihani akan bertanding kategori 15P. Mengikut kata Eyo, peluang aku cerah sebab setiap kategori perlukan 3 wakil. Dalam kategori aku, hanya Mail Ggebah saja yang agak kuat.. Yang lain.. sekadar pelengkap korum saja.

Malam itu dirumah aku membuat latihan puzzle selama 2 jam. Walaupun ada kerja rumah yang Cikgu Sudin berikan, aku tinggal dulu.. Esok kalau kena berdiri dalam kelas aku tak kisah.. Yang penting mood aku malam tu nak training puzzle... Aku mesti mendapatkan tempat sebagai wakil sekolah. Mesti!!! Esoknya................... aku didenda berdiri di atas kerusi.....

Bab 7 (Pemilihan wakil ke kejohanan Catur MSSD Kota Bharu)

Pada hari pemilihan wakil sekolah untuk ke kejohanan catur MSSD Kota Bharu bermulanya pada hari ini.. Hari ini merupakan harii yang dinanti-nantikan aku, seramai dua belas orang menghadiri pemilihan pada sebelah petang tepat pukul 2.30 bertempat di kantin sekolah. Cara permilihan wakil sekolah ini berlangsung dengan mengadakan perlawanan catur untuk setiap kategori,sebayak dua ketegori sahaja dipertandingkan iaitu ketogeri bawah 15L dengan 15P, manakala ketogeri bawah 18L dan 18P telah berlangsung sebelah petang kemarin..Abang Eyo merupakan pengerusi kelab catur sekolah yang menguruskan pemilihan ini dengan kerjasama beberapa rakannya yang lain,bagi membantu menjayakan permilihan wakil sekolah pada petang ini..Enam set catur siap disusun dan juga dilengkapi  jam catur yang dengan masa kawalan sebanyak 20min seorang,sebanyak empat pusingan...

Bagi ketegori bawah 15L seramai enam orang telah bersedia untuk perlawan, aku yang berada di meja ketiga berjumpa dengan pelajar tingkatan tiga yang diberi nama panggilan Zack KitKat, manakala meja kedua pula adalah rakan Mail gebah , Izat Zakaria pelajar tingkatan tiga  berjumpa dengan Budin Rahman pelajar tingkatan dua,rakan jiran kelas sebelahku.Manakala meja Pertama pula tidak lain dan tidak bukan,iaitu musuh pertamaku Mail gebah berjumpa dengan pelajar tingkatan tiga, Ahamd Syafiq, selebih nye enam orang lagii adalah 15P, yang berada di meja pertama tidak lain tidak bukan adalah Laili Surihani..

Pusingan pertama berakhir dengan kedudukan aku menang, Izat Zakaria menang, Mail menang.Pusingan kedua pula aku berjumpa dengan Izat Zakaria keputusan nye seri,manakala Mail menang lagi sekali dua mata buat Mail, pusingan ketiga aku berjumpa dgn Syafiq dan keputusan nye aku menang...Last sekali aku berjumpa dengan Mail gebah " aduh parok aku kalii nii jupo dia pulok..."kata aku, semangat ku mula menurun dan tidak yakin dapat kalahkan Mail... sedangkan belum lawan lagii... Disebab kan aku telah tidak berkeyakinan  dapat tewas kan Mail akhir nye aku tewas oleh Mail... Alhamdulilah syukur kerna aku dapat tempat ketiga,manakalah Izat tempat kedua,dan Mail tempat pertama.. Akhirnya aku terpilih juga untuk mewakili sekolah untuk kejohanan catur mssd Kota Bharu pada minggu hadapan....

Semejak dari hari itu,aku dan Eyo teruskan latihan seperti biasa setiap petang.....Aku mula fahami konsep pembukaan untuk buah catur putih dengan gerakan e4, dan sedia menghadapi hitam dengan pembukaan c5, sicilian defense , france defense, caro kann defence dan lain2 lagi...Begitu juga untuk buah catur hitam, persiapan utk menghadapi Queen Gambit, English dan lain2 .. Aku sudah sedia sepernuhnye untuk kejohanan pada minggu hadapan nanti.....

-mampukah aku mewakili mssd Kota Bharu ke peringkat mssk Kelantan-??
cooming soon...

Bab 8 (Laili Surihani)

Laili menyusun papan catur di atas meja studynya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Seperti kebiasaan pada hari Sabtu, Laili akan memperuntukkan sekitar 2 jam untuk latihan catur. Tambahan lagi MSSD Kota Bharu hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dia perlu mempertahankan kejuaraannya.

Dia merupakan juara bertahan kategori 15P selama 2 tahun berturut-turut.. bukan sekadar peringkat MSSD Kota Bharu, malah peringkat Negeri Kelantan. Setakat ini dia masih belum mampu dicabar oleh lawan sekategori.  Kalau ada pun mungkin Amalina yang menewaskannya di peringkat MSSD KB tahun lepas. Walaupun tewas, Laili masih mampu menjuarai kategori tersebut berdasarkan kiraan tie-break setelah berkongsi mata dengan Amalina.

Tahun ini Laili merasakan laluannya agak mudah memandangkan Amalina telah berpindah ke Selangor mengikut bapanya yang ditukar ke sana. Walaupun begitu, Laili tidak mahu mengambil mudah.. Amalina telah mengajarnya sesuatu tahun lepas. Amalina telah menunjukkan betapa skill endgamenya masih lemah.

Laili mengambil buku “Understanding Chess Endgames” yang ditulis oleh John Nunn. Buku ini adalah hadiah harijadi ke 14 oleh ayahnya tahun lepas. Ayah Laili, Cikgu Padli Zakri adalah seorang pemain terkenal Kelantan tahun 90-an.  Cikgu Padli juga dikenali kerana kehebatannya melahirkan pemain-pemain catur hebat Kelantan.

Laili membelek-belek buku tersebut. Dia ingin mendalami bagaimana memahami transisi dari middlegame ke endgame dengan lebih baik. Laili mula mengkaji game Capablanca-Corzo 1901 yang memaparkan ending Bishop vs Knight seperti berikut:

1. d4 f5 2. e4 fxe4 3. Nc3 Nf6 4. Bg5 c6 5. Bxf6 exf6 6. Nxe4
d5 7. Ng3 Qe7+ 8. Qe2 Qxe2+ 9. Bxe2 Bd6 10. Nf3 O-O 11. O-O
Bg4 12. h3 Bxf3 13. Bxf3 Bxg3 14. fxg3 Nd7 15. Rfe1 Rae8
16. Kf1 f5 17. Rxe8 Rxe8 18. Re1 Rxe1+ 19. Kxe1 Nf6 20. Kd2
Ne4+ 21. Ke3 Nd6 22. Be2 Kf7 23. Kf4 Kf6 24. h4 g6 25. g4 h6
26. g5+ hxg5+ 27. hxg5+ Ke7 28. g4 fxg4 29. Bd3 Nf5 30. Kxg4
Nxd4 31. Bxg6 c5 32. Kh5 Ne6 33. Kh6 Kf8 34. Bf5 Ng7 35. Bc8
b6 36. g6 d4 37. b3 Kg8 38. a4 Kf8 39. Bg4 Ne8 40. Kh7 Ng7
41. Kh6 Ne8 42. Be2 Ng7 43. Bc4 Ne8 44. Kg5 Ke7 45. Kf5 Ng7+
46. Ke5 Nh5 47. Be2 Ng7 48. Kd5 Ne8 49. Kc6 Ng7 50. Kb7 Kd6
51. Kxa7 Kc7 52. Ka6 Ne8 53. Bf3 Ng7 54. Bd5 Ne8 55. Bf7 Ng7
56. Kb5 Nf5 57. a5 Nd6+ 58. Ka6 bxa5 59. g7 1-0

Dalam game ini Laili dapat merasakan betapa pentingnya king aktif ketika endgame serta konsep “overload defender”. Laili memainkan game itu berulang kali terutama moves 18 hingga 40 dimana Capablanca menukar semua buah catur untuk ke endgame. Setelah berpuas hati, Laili berehat seketika sambil meminum secawan kopi panas untuk menyegarkan mata yang mengantuk.

Ketika asyik menghirup kopi panas, Laili mencongak peluangnya di MSSD KB nanti. Dia yakin akan memenangi kategori itu.. Tapi.. persoalannya, mampukah dia memungut mata penuh? Itu yang dia inginkan.. kalau nak dikira, selain Amalina.. hanya Syahrina dari SMK Tanjung Perak mampu mencabarnya. Yang lain... “Keropeh” getus hati kecilnya..

Tiba-tiba bayangan Hakim menjelma... “bakpo pulok muko dio ni mari nih??” Laili keliru... semakin dia cuba membuang wajah Hakim.. semakin kuat ia menjelma..... Adakah Laili sudah jatuh cinta?

“Assssudohhh...”  Laili mengeluh lagi.....


Bab 9 (Dari Mata Turun Ke Hati?)

Kebetulan hari sabtu aku ada perjumpaan persatuan Bahasa Melayu yang diadakan di perpustakaan sekolah, selesai sahaja perjumpaan aku terpaku melihat Laili yang sedang berlatih catur bersendirian ditemani buku-buku catur di dalam kelasnya yang bersebelahan dengan perpustakaan sekolah.. waktu itu terdetik di hati kecil ku "tomey jugo kak Laili ni".. selang beberapa minit aku tersedar niat ku telah terpeson jauh,bisikan syaitan akan sentiasa cuba untuk menarik manusia ke lembah dosa.. namun aku cepat2 tersedar.. Astagfirullah...

"Kok - kok" pintu kelas Laili diketuk, "assalammualikum boleh saya masuk" "Waalaikumsalam Warohmatullahi Wabarakatuh" salamku dijawab serentak oleh beberapa penghuni kelas itu termasuk Laili.... Aku terus menuju ke meja Laili, sambil bertayakan " buleh ko nak tupe belajar jugo?".."buleh jah tak kisah,napok kea kusi sebelah kiri belakang meja cikgu tu,?" tanya laili... aku pun menjawab "napok-napok watpo ko dia nya?" tanya aku balik ."doh napok gakk tarik la kusi marii kok nii, hok tu pun tak nakat lagii ko?,kata pemian chess" aku kene fire balik... aku tersipu sipu  kerna malu... Aku mula perhatikan gerakan gerakan yang dibuat laili berdasarkan game  Capablanca , endgame menjadi tumpuan laili... aku mula belajar beberapa endgame yang sebelum ini aku tidak tahu,antaranya badbishops to goodbishops, bishops same color draw, two bishops vs king win..aku mula fahami bertapa pentingnye endgame..

"owh tak tahu lak dua bishops buleh menang ek?" kata aku dengan nada agak terkejut sedikit... "yup boleh menang la,sebab buku kato gitu ingat la step2 dia nii" balas laili...selepas sahaja laili menutup buku chess nye... aku tanpa teragak agak lagii terus mengajak lawan chess sambil berniatkan belajar...Laili terima cabaranku, lalu di setkan masa kawalan 45min seorang.. Aku diberikan buah catur hitam, Laili memulakan gerakan dengan c4.. seperti mana notasi dibawah

1. c4  d5 2. cxd5  Nf6 3. Nc3  Nxd5 4. Nxd5  Qxd5 5. d3  b6 6. e3  Bb7 7. Nf3  e6 8. Be2  Bd6 9. e4  Qc6 10. O-O  O-O 11. Be3  Qd7 12. Rc1  c5 13. b3  Nc6 14. d4  cxd4 15. Nxd4  Nxd4 16. Bxd4  Bxe4 17. Bf3  Bxf3 18. Qxf3  Bxh2+ 19. Kxh2  Qxd4 20. Rfd1  Qe5+ 21. Kg1  Rad8 22. Re1  Qd6 23. Qb7  Rd7 24. Qf3  Rfd8 25. g3  h6 26. Kg2  Qd2 27. Rcd1  Qxa2 28. Rxd7  Rxd7 29. Qa8+  Kh7 30. Qc8  Qd2 31. Re3  Qd5+ 32. Kh2  Rd8 33. Qc7  Rd7 34. Qc2+  g6 35. Re4  Rd6 36. Rf4  Qh5+ 37. Kg2  Qd5+ 38. Kh2  f5 39. Qc7+  Rd7 40. Qc3  g5 41. Ra4  a5 42. Ra1  Kg6 43. Re1  Rd6 44. Re5  Qd1 45. Re1  Qh5+ 46. Kg2  g4 47. Rh1  Qg5 48. Qh8  Rd8 49. Qe5  Rd5 50. Qh8  Rd8 51. Rxh6+  Qxh6 52. Qxd8  Qh3+ 53. Kg1  Qh6 54. Qe8+  Kf6 55. Qd8+  Ke5 56. Qxb6  Qc1+ 57. Kg2  Qd2 58. Qb5+  Qd5+ 59. Qxd5+  exd5 60. Kf1  Kd4 61. Ke2  Kc3 62. Ke3  Kxb3 63. Kf4  a4 64. Kxf5  a3 65. Kxg4  a2 66. f4  a1=Q 67. f5  d4 68. f6  d3 69. f7  Qa5 70. f8=Q  Qa4+ 71. Kh3  Qb5 72. Qf2  Ka4 73. Qd2  Qh5+ 74. Kg2  Qe2+ 75. Qxe2  dxe2 76. Kf2  e1=Q+ 77. Kxe1  Kb5 78. Kf2  Kc6 79. Kf3  Kd6 80. Kf4  Ke6 81. Kg5  Kf7 82. Kh6  Kg8 83. g4  Kh8 84. g5  Kg8 85. g6  Kh8 86. Kg5  Kg7 87. Kf5  Kg8 88. Kg5  Kg7 89. Kh5  Kg8 90. Kh6  Kh8 91. Kg5  Kg7  1/2-1/2...


berakhir dengan seri pada gerakan yang ke 91.. aku terkejut kerna aku seri dengan laili...pada mulanya aku tidak sangka, pada mulanye aku telah berangapan aku akan tewas,..."boleh cekmet doh tadii pada gerakan ke  64, ini mesti time trouble," kata laili.. "owh ye ke,x perasan laa sebab duk ralik tgk jam jah..." kata aku..lebih-lebih lagii aku tidak biasa bermain chess menggunakan jam... kami mula membuat analisis permainan kami sebentar tadii.. Memang terang lagi bersuluh aku boleh menang, tapi sayang nye tidak nampak peluang keemasan itu...
Walauapa pun aku tetap bersyukur mampu bermain sampai tahap ini...

Akhirnye tamatlah pembelajaran catur kami secara kebetulan ini..semasa laili sedang mengemas peralatan caturnya... "wah, comey gak la kak laili nii", aku mula berangan angan.."kalaulah dapat menawan hati nye kan bagus,seperti main catur tawan king,tapiii king laki??,, haa tawan queen la gini gakk..." bisikan  hati kecil ku....

betul kah dari pandagan pertama turun kehati???, adakah laili juga berangapan sama??

comming soon..

Bab 10 (Tukang Kebun Yang Penuh Misteri)

Tinggal kurang 1 hari saja lagi Kejohanan Catur MSSD Kota Bharu akan berlangsung. Aku sudah tidak senang duduk. Aku tak tahu kenapa aku berasa amat gelisah. Bukannya aku tidak pernah mewakili sekolahku dalam kejohanan peringkat Daerah.. tahun lepas semasa aku Form 2 aku wakil sekolah ke kejohanan deklamasi puisi.. sampai ke peringkat negeri.. aku juga pernah mewakili daerah Kota Bharu dalam pertandingan Kuiz.. takde la aku segabra ini.

Mungkin kerana ini adalah kejohanan catur pertama ku... hmm.. aku melihat jam di tangan.. sudah pukul 3 petang. Hari ini Eyo tidak dapat berlatih bersama kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Laili pulak tidak kelihatan... mungkin dia terus balik selepas sekolah... Aku menuju ke sebuah meja batu berhampiran blok D sekolah ku. Aku suka suasana di situ.. dikelilingi oleh pokok bunga dan tumbuhan hijau..  mendamaikan.. aku mencapai beg galas dan mengeluarkan set catur yang baru aku beli minggu lepas...  aku mengambil notasi game aku menentang Eyo tempoh hari beserta sedikit nota. Sedang aku asyik menyusun buah catur tiba-tiba terdengar satu suara menegurku.

“Mari tera main nga abe sekali...”. Aku mendongak. Aku melihat seorang lelaki sekitar lewat 20-an terpacak dihadapan ku. Kalau tak silap dia ni tukang kebun di sekolah aku. Orangnya pendiam dan tak banyak cakap.. pernah jugak beberapa kali aku berselisih dengannya.. hanya senyum dan anggukan kecil yang menjadi perantara.

“ err.. bereh..” aku menerima permintaannya separuh hati.. pandai ke bang ni main catur.. Nampak macam tak pandai.. aku memberikannya bermain putih dan aku bermain hitam.

“Adik namo gapo.. Abe namo Bahar” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.. rasa bersalah menyelinap dalam diriku kerana membiarkan orang yang lebih tua memulakan salam...

“Hakim..” jawab ku ringkas menyambut salam Abang Bahar.. Aku tersenyum kelat.. antara persaan malu dan serba salah.

“Buleh start dih?” Abang Bahar bertanya kepada ku.. aku mengangguk. Dia memulakan gerakan pertama.... 1. b3...! aku agak confuse dengan gerakan pertama Abang Bahar..

1.b3 e5 2.Bb2 Nc6 3.e3 d5 4.Bb5 Bd6 5.f4 f6 6.fxe5 fxe5 7.Bxe5 Bxe5.. aku tersenyum.. Abang Bahar telah hilang 1 Bishop! Aku yakin dapat menewaskan Abang Bahar.... Tapi..... akhirnya aku terkejut dengan serangan balas yang dilakukan oleh Abang Bahar...

8.Bxc6+ bxc6 9.Qh5+ g6 10.Qxe5+ Qe7 11.Qxh8.... Bukan sahaja dia telah dapat balik Bishop.. malah turut dapat membunuh rook aku dengan fork pada gerakan ke 10! Aku kaget.. nampaknya aku telah memandang rendah pada Abang Bahar..... permainan diteruskan...

 Bb7 12.Nf3 0–0–0 13.Qe5 Qxe5 14.Nxe5 Nf6 15.Nc3 c5 16.Rf1 Ne4 17.Nxe4 dxe4 18.Rf7 Rd5 19.Rf8+ Rd8 20.Rxd8+ Kxd8 21.Ke2 g5.. dan aku resign..

Abang Bahar hanya tersenyum kepadaku... “ Demo mmain buleh doh... Tapiii.... masih banyok lagi keno belajar.. oklah.. Abe gi dulu.. nok ssiap kijo.. nati esok luso kito sparring pulok..”

Abang Bahar menghulurkan salam..."ingat so perkaro... dale mmaing catur.. jange tengok siapo lawe demo.. tengok pergerake dio.....ingat tu". Abang Bahar tersenyum dan terus meninggalkan aku....

Siapakah Abang Bahar? Apakah Opening yang digunakannya?? Aku terpinga-pinga....Aku telah memandang rendah kemampuan seorang tukang kebun.... itu adalah kesilapanku... pelajaran yang amat berharga!!!

Bab 11 ( MSSD Kota Bharu Bermula )

Akhirnya sampailah masa tibanya waktu, saat saat yang dinanti nantikan telah pun tiba..Aku terpacak di hadapan pintu pagar sekolah tepat pukul 7 pagi seperti mana yang dijanjikan oleh guru pengirim,Cikgu Hamzah selaku guru penasihat catur sekolahku..Beberapa minit kemudian kelihatan bayang-bayang abang Eyo bersama dua lagi rakannya, Imran dan Kamal Idlan Talaha yang mewakili ketogeri bawah 18L.. Jesteru beberapa minit kemudian Mail Gebah dan dua rakannye turut sampai. "  aduh!! tok leh fokus laa aku gak tegok muka mail gebah nii,, dapat shoot otak dia sekaliii pun jadii laaa..." bisik hati kecil ku... berasa tidak berpuas hati dengan Mail ... Akhirnye perasaan marah ku itu menurun secara mendadak apabila melihat wajah Laili yang ditemani oleh Ain Natasha dan Nurul Izati.. Manakala ketogeri bawah 18P secara tiba tiba menarik diri , disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan...

Pukul 7.30 pagi, kami pun bertolak dari sekolah ke Sekolah Menengah Gambit Arammudin yang menjadi tuan rumah bagii kejohanan catur mssd Kota Bharu pada tahun ini... Tepat pukul 8 pagii,kami pun tiba di destinasi yang dituju, kelihatan ramai permain catur yang telah sampai dan kami melaporkan diri di dewan kejohanan yang teletak tidak jauh dari kentin sekolah....Seperti mana yang telah dijadualkan tepat pukul 9.30 pagi perlawanan pusingan pertama dimulakan, lagi 30 minit untuk perlawanan bermula..Perasaan aku waktu itu hanya tuhan saja yang tahu... Denyut jantungku makin lama makin kencang,biasa la perlawan catur buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku ini...

"Perhatian kepada semua perseta kejohanan catur, sila lihat nombor meja anda dan kenal pasti lawan anda bermain hitam atau putih, bagi namanya berada di sebelah kiri anda adalah permain buah catur putih,sebaliknya bermain buah catur hitam" taklimat yang disampaikan oleh ketua arbiter kejohanan catur,En Lukman Hakim... "watpo napok debar nii? relek-relek sudah, buat po sekalo laa,po kita lawan dua gano?",tegur laili melihat aku tidak tentu arah.. "timo kasih la,ore cuba yang terbaik la," balas ku.. Akhirnye debaran jantungku makin perlahan selepas ditegur laili,bagi ku laili lah yang banyak memberi nasihat kepadaku selain dari abg Eyo.."molek la lawan tu, kawe cayo demo" abg Eyo pula memberi nasihat kepada ku, " bereh kawe kan nii" balas ku dengan nada yang yakin..

Aku ditepatkan di meja number 25 diberi pula buah catur hitam bagi pusingan pertamanku,Di sudut putih Wan Abdul Jalani bin Abdul Kadir Rahman budak kaca mata yang berpakaian agak kemas, dari Sekolah Menengah Raja Chula.. Tiba-tiba aku teringat pesan tukang kebun sekolah ku ."ingat so perkaro... dale mmaing catur.. jange tengok siapo lawe demo.. tengok pergerake dio".. .. "Jika tidak mempunyai apa-apa masalah,pemain bolehlah bersalam dan pemain hitam tekan jam" kata ketua arbiter..

maka bermula la perlawanan pertama,dengan gerakan 1.e4.. Tanpa membuang masa lagi aku meneruskan dengan gerakan 1..c6 iaitu CARO-KANN DEFENSE menjadi pilihanku..2.d4 d5 3.e5 Bf5 4.Bd3 Bxd3 5.Qxd3 e6 6.f4 Nh6 7.Nf3 Qb6.. aku cuba untuk membuat kombinasi terhadap lawan berbekal kan sedikit ilmu yang ada..8.h3 c5 9.c3 Nc6 10.Nbd2 cxd4 11.cxd4 Nb4 12.Qb3 Qa6 13.Rf1 Nd3+ cek!! pertama yang dibuatku... King hitam terpaksa lari,dan tidak berkesempatan untuk 0-0.. 14.Kd1 Nf5 15.Re1 Rc8. 16 Re2 Nxf4 17.Re3 Nxg2. 18 Rd3 Nf4. Rc3 Qe2+ 20.Kc2 Qd3+ 21.Kd1 Ne3+ Ke1 checkmate!!..... 0-1.. aku menang dipusingan pertama..

Pusingan kedua dan ketiga diteruskan dan keputusannye aku menang kesemuanya begitu juga dengan laili....Mail bersama rakan nye turut menang ketiga tiga pusingan tersebut...Abg Eyo juga sama mendapat 3 mata untuk kejohanan pada hari pertama....Esok merupakan hari penentuan siapakah layak untuk mewakili daerah Kota Bharu ke kejohanan catur peringkat negeri yang akan diadakan dua minggu dari sekarang...

Layakkah aku menjejak kaki ke kehojahan catur peringkat negeri?... Laili pula bagaimana?

bersambung......

Bab 12 (MSSD yang Penuh Mendebarkan)

Hari ini aku sampai ke SMK Gambit Arammudin agak lewat. Semalam aku tidur agak lewat kerana leka bermain catur di Chesscube.. Jam sudah menunjukkan pukul 8.55 pagi. Pusingan ke 4 akan bermula jam 9.00 pagi.  Aku terus menuju ke papan kenyataan untuk melihat pairing pusingan 4.  Aku mencari nama ku. Aku tersentak! Aku berada di meja pertama. Lawanku adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Ismail Mamat a.k.a Mail Ggebah.Aku bermain putih.

Aku terus menuju ke meja pertama. Aku tak Nampak kelibat Mail.. aku mengambil tempat duduk sambil mengisi boring scoresheet yang diletakkan di tepi meja. “Ok.. sekarang tepat pukul 9.00.. kamu semua boleh bersalam dan memulakan perlawanan..” Cikgu Lukman memberikan arahan..

Aku ligat berfikir apakah opening yang ingin digunakan untuk menentang Mail.. perasaan gentar tiba-tiba menyelinap dalam diri apabila Mail tiba-tiba terpacak dihadapan sambil mula menekan jam... Dalam keadaan panic itu tiba-tiba aku teringat opening yang digunakan oleh Abang Bahar.. mungkinkah aku dapat mengejutkan Mail..... aku pun memulakan gerakan pertama....

1. b3  c5 2. Bb2  Nc6 3. e3  d6 4. Nf3  e5 5. g3  g6 6. Bg2  Bg7 7. d4  cxd4 8. exd4  e4 9. Nfd2  d5 10. O-O  Nf6 11. c4  Bg4 12. Qe1  O-O 13. cxd5  Nxd5 14. Qxe4  Be6 15. Nc4  Re8 16. Ne5  Nxe5 17. dxe5  Nb6 18. Nc3  Bf5 19. Qxb7  Bxe5 20. Rad1  Qf6 21. Nd5  Qg7 22. Bxe5  Qxe5 23. Nxb6  axb6 ..

Pada ketika ini aku merakan yakin dapat menewaskan Mail... aku dengan segera ingin membunuh Queen Mail yang aktif itu...

24. Rfe1? Qxe1+ 25. Rxe1  Rxe1+ 26. Bf1  Rae8 27. Kg2  Be4+!!....

Aku menyangka dengan satu Queen aku akan dapat menewaskan Mail... rupa-Rupanya Mail cukup handal.... aku terpaksa menyerah dengan gerakan berikut...
 28. Qxe4  R8xe4 29. Bc4  Re5 30. a4  Rb1 31. f4  Re7 32. g4  Kg7 33. Kf3  Ree1 34. h4  Rbc1 35. f5  Rc3+ 36. Kf2  Rh1 37. fxg6  hxg6 38. h5   0-1

Mail tersengih selepas menewaskan aku... “Mu jauh lagi nok cabar aku... Opening supo taik... hahahha...” dia bingkas bangun tanpa menyambut salam aku... hidungnya kembang kempis kebanggaan... aku melihat jam di sebelah kiri... ahh.. masa banyak lagi.... aku hanya menggunakan 15 minit sahaja dari 60 minit yang diberi sedangkan Mail menggunakan 25 minit... aku bermain terlalu pantas....

Pusingan kelima aku dapat memenangi perlawanan  memandangkan lawan ku kehabisan masa.. sedangkan posisi aku tewas.. Dalam pusingan terakhir aku hanya mampu seri dengan Che Raif dari SMK Pengkalan Duku. Akhirnya aku mendapat 4.5 dari 6 pusingan... hatiku berdebar kerana aku tidak tahu apakah aku layak atau tidak... melihat kepada ranking sebelum pusingan 6.. aku berada ditangga ke 7... sedangkan hanya 6 orang yang akan layak mewakili MSSD Kota Bharu...

Aku melihat rangking 18 L dan 15 P.. Abang Eyo dan Laili hampir pasti menjuarai kategori masing-masing....

“Lagu mano demo?” Tiba-tiba Abang Eyo menegurku...
“Tok tahu la.. 4.5 jah... Demo guano..? Johe ko?”
“Kawe Alhamdulillah... demo 4.5 dae lagi ssero... tgk Bucholz la.... Mari g minum dulu kawe blanjo”. Aku dan Eyo berjalan menuju ke Kantin.. di sana kami terserempak dengan Laili dan Izzati.. Laili sah juara kategori 15P dengan 6 mata manakala Izzati layak dengan 5 mata di tangga kedua.

Kira-kira jam 5.30 petang keputusan penuh telah dikeluarkan.. Mail Ggebah menjuarai kategori 15L diikuti oleh Tengku Anand dari SMK Dato’ Ahmed Maheran. Aku... aku meneliti keputusan... Alhamdulillah! Aku Berjaya mendapat tempat ke 6..

“Alhamdulillah.. bakpo kawe layok.. point kawe samo jah nga Afdlin Ahmad nih...?” aku bertanya Eyo

“Bucholz demo tu tinggi... tgk tu.. demo kaloh nga juaro.. Ismail Mamat.. Afdlin kaloh nga budok point rendoh la tu...”

Aku tak berapa faham sangat dengan system pemarkahan ni.. tapi hati kecilku berbunga... Aku layak!

bab 13 ( Mencari Jejak Tukang Kebun )

Lagi seminggu untuk kejohanan catur peringkat negeri Kelantan (MSSK) yang akan dipertandingkan di Sekolah Menengah Tengku Zakini Rahman yang teletak di daerah jeli.. latihan catur aku tetap diteruskan seperti biasa di sebelah petang...Abang Eyo tidak dapat serta dalam latihan selama seminggu ini kerana telibat dalam kem jati diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah, manakala Laili terlibat dengan kelas tambahan di sebelah petang...

"Tukang kebun sekolah" telintas di fikiran ku...Tampa membunag masa aku terus memulakan langkahku mencari tukang kebun di kawasan sekolah, hampir 15min aku mencari batang hidung tukang kebun masih la tidak kelihatan apakah lagii tuannye... " aik susah molek nk carii, kalor gak ada sokmo duk lii putir lii putir (lalu lalang) kawasan koloh nii" keluh aku kepenatan mencarii... Akhir nye aku jumpa tukang kebun iaitu abg Bahar yang sedang memotong rumput di belakang dewan sekolah (sepertimana gambar di bawah)


"Assalammualikum abe Bahar" salam diberi pembuka bicara oleh aku... " waalaikumussalam, la demoo ingat sapo tadiii kejut kawe".. jawab abang Bahar.. Aku terus menghulurkan tangan bersalam dengan abang Bahar.. "kawe marii cari demoo nii ada hajat benarnyo" kata aku... "hajat gapo namo rima tu (hajat apa)? " tanya abang Bahar.. "kawe benar nyoo nak guru dengan demo nii, nak demo ajar kawe laa seber sedikit pasal ches nii, mugo (kerna) kawe buleh wakil daerah doh lonii , nak gi tanding minggu depan, tu ingat nak kemas molek dengan demo pasal kawe tengok kemas etek opening dengan game demo ari tu.." aku menerang kan niat baik ku itu kepada abang Bhar sambil membuat muka sepuluh sen ( muke sedih bercampur sayu)

"eh molek demoo, kawe pemain kampung jah tak biso mano kawe nii, atau ore kato unrated, unrated tu kawe la...".. kata Abang Bahar... Tanpa disedari abang Bahar telah mengeluarkan perkataan dari mulutnya 'UNRATED' ? .. Apa itu unrated?.. " gopo diaa demo sebut tadii? unrated? gapo nama pulok 2...,tak rajin dengar kawe..." menjadi tanda tanya buat ku..

" Molek demo, jolo ko tak tahu, unrated nii maksudnye tak dop ratings international..." " untuk gapo pulok?" tanya aku?.. "Rating international ini kalu demo gii main luar negera pun guna rating 2 la, satu lagii ore buleh nilai laaa demo berdasarkan rating, makin tinggi rating seseorang tu,makin kuat la orang 2.." ulas abang bahar kepadaku.. Sesuatu yang baru aku pelajarii harii ini, aku sedar bahawa abang bahar ini bukan sebaranagan orang.....

Kami meneruskan lagi perbualan kami yang disaksikan pokok -pokok rambutan di belakang sekolah dan juga beberapa buah bangku kosong berhampiran kami..."erm lagu nii laa kawe terimo demoo jadii anak buah kawe,napok demo sungguh benar nak guru chess taro nii..kito start esok laaa mugo harii nii lewat doh, pah zohor esk demo marii carii kawe dii stor belakang nii la,satu -satu nye bilik kawe ,dalam tu ada meja untuk catur siap doh, pakat terus belatih bilik kawe terus la.." kata abang Bahar..."ok, nanti kawe gii, kemas ada meja catur siap ek?" tanya aku.. "Kaweee kan nii buke ore lain,x po demo tengok jah esok tepat latihan kito lagu mano..."... balas abang bahar sambil melontarkan senyumannya kepada ku..Alhamdulilah syukur , akhirnye ada juga orang yang sudi mengajar ku...

Apakah yang akan diajar oleh tukang kebun?. Ada meja untuk chess di bilik seorang tukang kebun?..... siapakah tukang kebun ini sebenarnya? menjadi tanda tanya buat ku.......

 Commming soon..

Bab 14 (Falsafah Catur)
Selesai bersolat Zohor di surau sekolah aku terus bergegas ke tempat Abang Bahar. Sepatutnya pada petang ini aku ada perjumpaan ahli Kelab Bahasa Inggeris.. tapi aku dah mintak excuse dengan Puan Polgar atas alasan latihan catur. Nasib baik dia memahami. Nama pun dah macam pemain catur dunia.. Susan Polgar..

Aku menuju ke stor belakang.. aku memberi salam tapi tak bersambut.. aku memberi salam sebanyak 2 x lagi.. apabila tiada yang menjawab aku diam seketika.. selang beberapa minit  tiba-tiba Abang bahar membuka pintu..
“O.. demo.. kawe baru sudoh Zohor td...Kawe baco dderah doh takbir tadi.. demo tok dengar ko ?”

“O.. takpo.. duk sero doh...” aku menghulurkan tangan bersalam..

“Hmm masuklah.. maah la kkube sket...” Abang Bahar menarik 2 buah kerusi untuk kami duduk.
Aku meninjau sekeliling bilik. Terdapat sebuah meja kecil disatu sudut. Di sebelah kanannya ada satu rak yang dipenuhi dengan buku-buku.. dari buku motivasi sampai la ke buku catur.. wahh...

“Banyok buku demo abe....” aku mula membantu Abang bahar menyusun buah catur di atas meja.

“Hmm.. Kawe memey minat bbaco... maso dulu tokde nok skoloh abih.. mok pok takdok pitih... bilo kijo ni.. ado duit sikit kawe beli buku la..” Aku terkagum dengan keazaman Abang Bahar.. dia sanggup melabur membeli buku-buku untuk menambah pengetahuan.. sedangkan aku.. buku free kat library pun malas nak baca.

“Ok.. demo nok blaja gapo catur ni..? demo kae wokil skoloh doh.. hehhe” soalan abang Bahar menyentak lamunan aku..

“Err.. sayo nok tanyo pasal opening ni..” aku mengeluarkan scoresheet game aku dan Mail tempoh hari dan memberikan kepada Abang Bahar..

“Hoh.. demo mmaing opening nih... demo keno pehey mmolek dulu falsafah catur..”

“Falsafah?? Catur pong ado falsafah??” aku naik bengong dengan statement Abang Bahar.. bengong sebengong-bengonya...

“ho laa... semuo bendo ada falsafah... konsep asas..” Abang Bahar membetulkan duduknya sambil mencapai air mineral di tepi meja..

“ginih.. ari ni ni biar demo belaja dulu APOW ITU CATUR..? (baca dengan suara yakin dan jelas) Demo denga jah.. jange jjapok (menyampuk) selagi kawe tok abih...” Abang Bahar kemudian mengambil satu buku di raknya.. Dia menghulur buku itu kepadaku..

“COMPLETE IDIOT’S CHESS”..


“Oloh ni bare basic jah abe.. namo Idioit doh..” aku membelek-belek isi kandungan buku itu.. ada gambar kartun.. macam budak-budak..

“Hmm.. tu la silap demo... ngakok (merangkak) tok reti lagi nok beghungga (berlari) doh...” Muka Abang Bahar sedikit serius memandang aku...

“Demo maroh ko...err.. maah la..” aku berasa sedikit bersalah.. memang tak patut aku berkata begitu.. ilmu tetap ilmu...

“hmm dok.. kawe tok maroh... cumo demo kato nok belajar... ni pelajare pertamo la ni.... sebelum nok mmaing catur.. demo keno KENAL CATUR...Kenal board catur.. kenal buah catur.. kenal bukey stakat tahu susun.. tapi tahu sifat nga nilai dio.. “.

Sejam setengah di sana aku memperoleh banyak ilmu baru tentang catur.. sesuatu yang tak pernah aku rasakan penting... Apa itu centre square.. apa itu kingside, queenside.. rank, file.. nilai sebenar pawn dan piece lain... dulu Eyo ada menerangkan mengenai semua itu.. tapi Abang Bahar memberi satu kefahaman yang lebih jelas.... sebagai contoh.. aku ingat pawn ni nilainya 1 saja.. rupa-rupanya kekuatan Paw semakin bertambah apabila fasa game berubah dari opening ke ending.. semakin pawn itu masuk ke kawasan lawan, semakin tinggi nilai pawn... Aku juga lebih faham perbezaan antara Knight dan Bishop.. Knight lebih sesuai digunakan dalam permainan yang tertutup dan Bishop pula lebih berharga ketika permainan terbuka.. Cara Abang Bahar mengaitkan catur dan kehidupan amat menarik.. memang Abang Bahar biso!

Aku juga sempat bertanya serba sedikit mengenai latar belakang Abang Bahar.. Abang Bahar adalah anak sulung keluarganya. Dia datang dari keluarga yang susah.. Ayahnya hanya seorang pemandu kereta plet (teksi tidak berdaftar) dan ibunya suri rumah sepenuh masa. Kesempitan hidup membuatkan Abang Bahar berhenti sekolah ketika tingkatan 3 bagi member peluang kepada adik-adiknya. Kini 3 orang adiknya sedang menuntut di IPT.

Aku kagum dengan peribadi Abang Bahar. Walaupun tidak tamat persekolahan, semangat ingin belajar tidak pernah luntur.. seperi kata Abang Bahar.. Pelaburan terbaik adalah kepada diri sendiri.. dengan Ilmu... dan ilmu ini tidak hanya diperoleh melalui pendidikan formal... asal saja berkeinginan.. pasti ada jalan... Abang bahar berkata ilmu diperoleh melalui 3 cara... Membaca.. Mendengar.. Melihat.. itu saja...  Falsafah sunggoh.....

Jam sudah menunjukkan jam 4. Abang Bahar menamatkan perbincangan kerana dia perlu menyiapkan tugasan yang tertangguh..

“ Hoh.. lewat doh ni.. nok gi siram pokok pulok.. mujo nguput (merumput) doh tadi”.
“ho bereh2... smula la kito sambung”.. Abang Bahar kemudian meminjamkan aku buku Idioit’s Guide: Chess itu. Dia mennyuruh aku membacanya tanpa melangkau bab.. itu penting katanya... aku menurut saja..

Dalam perjalanan balik aku sudah membaca 1 bab dari buku itu.... Abang Bahar memang misteri....

Bab 15 ( Misteri disebalik Papan Catur )

Pada hari minggu latihan seperti biasa bersama abang Bahar,dalam perjalanan pulang selepas selesai sahaja latihan catur bersama abang Bahar,ini kali pertama aku lari dalam hujan lebat. Sebelum nie, hujan renyai-renyai sahaja, aku basah kuyup seluruh badan.. Sampai sahaja di rumah ku yang agak tidak jauh dari sekolah terus aku menukarkan pakaianku yang basah itu..



"Aduh parok molek weh arii nii, ujan lebat kakLoh, mujur aku tak bawa beg tadi" mengeluh aku bersendirian selepas sahaja sampai di rumah..Tinggal aku seorang sahaja dirumahku manakala yang lain pergi kenduri kesyukuran di Ipoh rumah sepupuku.. Aku mula  menyusun buah-buah catur di atas meja ruang tamu rumah ku,sambil melihat notasi catur yang diambil dengan abang Bahar tadii...  cukup cantik perlawanan diantara dua pihak itu, tetapi tidak tahu siapa punya permainan... Namun abang Bahar menyuruh aku pelajari sesuatu dari permainan itu, sebanyak lima notasi catur yang aku salin tadi..

Hari hampir malam, hujan masih lagii tidak berhenti namun makin lebat pula... Sambil minum air kopi 'O panas aku teringat sesuatu perkara iatu pada pagi tadi ibuku menyuruh aku menyimpan kipas usang yang berusia kira-kira 56tahun,di dalam stor belakang rumahku,pesan ibuku sebelum bertolak ke Ipoh bersama ayah dan adik.. Aku tanpa membunag masa lagi terus membawa masuk kipas tersebut didalam stor.

Selesai sahaja metelakkan kipas tersebut didalam stor, aku ternampak sesuatu yang agak menarik perhatianku, iaitu ada satu kotak yang agak besar dan berhabuk di sebelah atas almari di dalam stor itu..Terus akan mengambil nye dan membuka untuk melihat apa yang ada di dalam... Semasa aku membuka kotak itu, tiba tiba satu pantulan cahaya memancar keluar dari kotak itu,.. Aku terpaku sekejap melihat papan catur yang bersinar dan buah-buah catur warna keemasan... Beberapa minit kemudian gumpalan asap mula memenuhi stor ku dan kelihatan satu lembaga yang muncul dari gupalan gupalan asap itu..

Aku terkaku seketika dan lidah ku menjadi kelu , aku tidak dapat membuat apa - apa melainkan hanya berserah sebulat bulat nya kepda yang mahal berkuasa.. Kelihatan seperti manusia dan dia memulakan gerakan seolah olah nye manusia yang berbadan agak besar yang keluar dari gumpalan asap tadi mengajak aku lawan catur dengannya.. "aik, molek sapo pulop dia niii" bisik hatiku,kerna kau tidak mampu bersuara. Gerakan demi gerakan yang dibuat oleh aku dan dia, namun kekuatan kombinasi catur nye agak berbeza sekali, tidak penah aku melihat sebergitu hebat, malah juah lebih hebat darii abang bahar..

Aku kalah beberpa kali semasa berlawan dengannya,dan dia juga tidak bersuara tetapi dia hanya menunjuk dengan mengunakan jari nya diamana gerakan yang sepatutnya dibuat aku... aku cuba faham apa yang hendak dia sampaikan...Aku mula pelajari sesutu yang baru iatu bertapa penting nya menjaga petak tengah dalam permainan catur dan mengeluarkan buah-buah catur Kuda sebelum Gajah (bidshops) dan membuat kubu untuk raja...

Pada masa yang sama dia menghulurkan aku sebuah buku yang agak berhabuk, dan dia menulis sesuatu di meja yang berhabuk itu dengan menggunakan jari nya 'TaL'... aku cuba fahami apa yang dia maksudkan... " ADuh!! " tiba-tiba kepala ku sakit bagai diketuk dengan benda keras.. Rupa-rupanya ia adalah satu mimpi, aku tersedar dari mimpi setelah kepala ku terhatuk di besi katil bilik ku..

Badanku perpeluh bagai hujan yang membasahi badan seluruh tubuh ku... " huh parok weh mimpi ,ingat ngoti doh .." keluh aku sambil mengelap peluh di muka ku..Aku terpandang di atas meja di dalam bilik ku.. kelihatan seperti buku yang diberi oleh manusia dalam mimpiku tadi.. " aik nii po buku hok ore tadii wiii ko aku, eh biar betul"... aku bercakap dengan perlahan seorang diri.. Buku yang penuh dengan habuk lagii......

TAl? apakah itu? siapakah orang yang muncul dalam mimpi ku tadi?? Buku apa yang diberi olehnye??? .... dari mana sebenar nye datang buku itu...? ia tetap menjadi misteri..


Bab 16 (Positional atau Tactical)

Tepat jam 2.00 petang aku sudah terpacak di stor Abang Bahar.. aku hanya ada masa lebih kurang 1 jam lebih saja hari ini kerana Abang Bahar perlu menyiapkan Landscape di Blok F.

“Assalamualaikum.. awal demo sapa..” Abang bahar menyapaku dari belakang. Memang misteri sungguh sebab aku tidak menyedari kehadirannya..

“Masuk ah..” Abang Bahar membuka pintu stor.. Set papan catur sudah tersedia..
“Buku ggapo demo pegey tuh?”

“Life & Games of Mikhail Tal..” aku memberikan kepada Abang Bahar. Buku itu aku pinjam di perpustakaan Negeri kelmarin. Memang hebat buku ini.. sampai terbawa-bawa dalam mimpi bila aku membacanya.

“ Hmm.. kemah buku nih.. Mikhail Tal ni.. biso.. antara hok kawe minat.. tapi buke style kawe..” Abang Bahar membelek2 buku itu kemudian meletakkannya di tepi meja.

“Biso setaro mano Tal ni?” aku cuba mengajak Abang Bahar bercerita. Aku gemar mendengar dia memberikan pandangan terhadap sesuatu perkara.. bijak dan berseni.. tidak nampak seperti tukang kebun.

“Tal ni attacking player.. permainan dio kreatif.. kadang-kadang ado move hok napok tok logik.. tapi.. memey bahayo.. Tal terkenal denge sacrifice hok cantik dan susah nok defend.. Bukey semuo buleh mmaing supo dio... sangat tactical..”

“Hmm.. kalu gitu gak.. sayo nok mmaing supo Tal la..”

“Hmm.. tokleh ggitu.. demo keno kenal style demo dulu.. bukey buleh mmaing follow ikut minat jah... Kawe pun kalu buleh nok mmaing supo Tal .. tapi tokleh sebab tok sesuai nga style kawe..” Abang Bahar kelihatan serius member penerangan. Keningnya agak berkerut.

“Lagu mano nok kenal style nih...?” aku mengajukan lagi persoalan dengan penuh minat. Abang Bahar mengambil satu artikel dan memberikan kepadaku... “Positional vs Tactical” tajuk artikel itu.

“ni kawe download kot internet jah ni...” sesi selama lebih kurang sejam itu diisi dengan penerangan mengenai apa itu Tactical dan Positional style dalam chess.

Rupa-rupanya kedua-dua elemen ini sama penting. Tactical style amat sesuai untuk mereka yang mampu mengingat kombinasi-kombinasi dan mempunyai daya calculation yang tepat. Kemahiran tactical kata Abang Bahar boleh diasah melalui latihan puzzle yang berterusan. Antara pemain yang terkenal dengan kemahiran tactical adalah Mikhail Tal, Hikaru Nakamura dan Mikhail Botvinnik.

Positional style pula sesuai untuk mereka yang kurang mahir dalam mengingat kombinasi tetapi lebih suka bermain secara selamat dan membina kelebihan secara beransur-ansur. Antara player positional yang terkenal adalah Capablanca dan Petrosian. Abang Bahar menyuruh aku mengkaji games games player berkenaan dan juga games-games aku di MSSD tempoh hari untuk mnengenal pasti kecenderungan gaya permainan ku.. Kami berjanji akan berjumpa lusa untuk mengadakan sparring sebelum kejohanan MSSK bermula minggu hadapan.... Aku harap dapat mengenal pasti gaya permainan ku sebelum kejohanan MSSK nanti...... adakah aku seorang tactical atau positional player..? ia masih menjadi misteri....


Bab 17 ( Catur Putih yang kehilangan Permaisuri )

 Aku dan abang Bahar meneruskan latihan catur seperti biasa.. Hari ini agak serius sedikit kerana latihan catur bermula dari pagi lagii.."Gano demo tegok kawe ada peningkatan ko dop" tanya aku.." demoo kawe tengok kemas doh, takat nii banyak doh peningkatan kawe tgk,cuma demoo kene main berani sikit .."  jawab abang Bahar...

"Hok tu la masalahnye kawe nii nakut, aduh gano eh? demoo kene ajar kawe laa biar kawe beranii sikit, bukan gapo kawe berani kerana benar!!" kata aku .. "petamo demo kene raso diri demo nii berjiwa lagu mano?, kalau demo rasa2 demo buleh main agressif demo terus la, tapi kalu demo rasa demo nii jenis nak main selamat gak demo main la, buat maso nii demo ikut cara demo dulu...." terang abang Bahar dengan panjang lebar..

" Lagu tu deh, kalau gitu gak kawe try laa main ikut cara kawe, hok kawe suko loni main save la" kata aku... "gini laa mari kita lawan spapan,kawe nak demo main terhabis molek demo buleh" cabar abang bahar.. Aku terima cabaraan abang Bahar,lalu menyusun buah buah catur..
e4 pembukaan pilihanku buat abang Bahar... c5  mereupakan pilihan abang bahar menentangku...

langkah demi langkah, aku mengatur strategy untuk pecah kan kubu raja abang Bahar, namun kombinasi yang dibuat aku tidak berjaya ... pertukaran minor pieces satu persatu dibuat oleh aku.... Pertengahan permainan masih lagi sama, langkah demi langkah di teruskan seperti biasa, namun aku masih lagi gagal utk menembusi kubu pertahanan raya abang Bahar...

" lagu mano nii, parok laaa aku lagu nii " bisik hati kecilku...Aku berada dalam keadaan agak tertekan sedikit kerana masa ku tinggal kurang dari 10 minit,manakala abang Bahar 15 minit lagii... Masuk sahaja endgame, aku cuba membuat kombinasi utk dapat kan pemaisuri (queen) abang Bahar, "harap buleh la queen dia, dea buleh hok nii kompum menang la kawe" bisik hati ku...

Gerakan rook di Rh8 yang dibuat oleh ku berjaya utk mendapat kan pemaisuri abang Bahar..Pertukaraan yang dibuat oleh aku ialah dua rook utk mendapat kan satu queen..Aku terpaku sekejap dan terfikir panjang selepas membuat gerakan tersebut, apabila difikirkan balik agak sukar bagiku utk kalah kan abang Bahar yang mempunyai dua rook manakala aku hanya berbekal kan satu queen...

Masa pula tidak berpihak kepadaku, aku hanya berbekalkan masa 5 minit sahaja lagii, kesilapan demi kesilapan dibuat oleh ku, aku tidak biasa dan mudah tertekan apabila melihat masa sedikit, dan akhir nye aku kalah.... "aduhh parok la kawe, buah buleh menang doh nii" mengeluh aku... Abang Bahar senyum kepada ku lalu berkata ‎"queen alone cannot do anything" ....

Pengajaran yang aku perolehi hari ini, mempunyai queen belum tentu lagi boleh menang.... aku belajar satu benda baru harii inii...... Mampukah aku kalah kan abang bahar di kemudian hari?